TIPS : Tips Permohonan Kerja



Selamat Pagi pembaca sekalian ( saya menulis waktu pagi :P )
Hari ini saya nak kongsi sedikit info atau tips membuat permohonan kerja. Semua orang nak kerja, kalau tak kerja mana nak dapat wang ? lainlah korang ada harta bertingket-tingket tak habis dijoli ( ye ke tak habis? ) Di sini saya nak kongsi beberapa perkara sebelum korang apply sesuatu kerja, PENTING ni.

Saya seorang pekerja juga, bukanlah bos besar tapi cuma ditugaskan untuk menjaga pekerja bawahan tapi saya tak anggap pun mereka sebagai Kuli sebab tiada pekerja bawahan siapalah Bos kita kan? hehe .

1. Okey, memandangkan salah satu tugas saya untuk membuat iklan dan mencari pekerja baru, boleh dikatakan 90% permohonan tidak FOLLOW syarat-syarat yang syarikat nyatakan dalam IKLAN.
Kadang kala korang tak sedar bahawa itu adalah FIRST IMPRESSION yang syarikat tengok, Ye lah kalau syarat mudah itu pun korang tak boleh nak follow apa lagi bila dah bekerja nanti.

2. JANGAN MENIPU. Haaa, ini selalu orang buat ni.. Jangan sebab mata korang dah naik simbol-simbol duit korang tipu kebolehan korang dalam resume. No No No !

3. GAMBAR. Fuyoooo ! yang ini lah punca saya gelak sorang-sorang. Macam-macam style gambar ada, pose tepi la atas la kiri kanan depan belakang semua ada. hahaha . Mungkin pada korang tu dah kira smart cun tak kira dah la TAPI korang kena ingat, nak apply jadi penyanyi pon dorang mintak gambar berukuran passport okey ! so jangan nak perasan cantik ke perasan handsome ke, sila lah letak gambar formal sahaja.

4. RESUME bukan BIODATA untuk Bf/Gf . Ini pun ada jugak, maybe sesetengah company nak tahu tapi kebanyakkannya bukan nak ambik tahu pun korang suka memasak ke baca novel ke menonton wayang ke. Korang tak tahu dari HOBI tu bakal majikan korang boleh tahu korang ni macam mana, rajin ke pemalas !

5. EMAIL. Ini pun penting juga, dinasihatkan kepada korang semua kalau nak apply kerja jangan la guna email merapu. bebygurlz la boyhensem ke jejakakacak ke gadis ayu ke or apa-apa je lah yang merepek tu ! JANGAN ye, korang nak apply kerja bukan nak bersosial. Jadi create lah satu email rasmi, seelok-eloknya nama korang sendiri.

6. SYARAT-SYARAT sampingan. Korang baca betul-betul jawatan apa? tarikh tutup bila? cara apply di mana? apa yang dilarang dan macam-macam lagi. Dekat situ bakal majikan boleh tengok korang ni jenis concern ke jenis redah asal dapat tapi bila kerja menyusahkan company.

7. GAJI. Pasal gaji ni semua nak ikut LAW BURUH tapi bila suruh buat kerja nak kerja mudah ! sape nak bagi woi ? lagi satu sebelum korang cakap pasal LAW, saya nasihatkan korang BACA dulu tentang syarat gaji yang ditetapkan. Untuk pengetahuan kalian-kalian yang malas membaca mai sini saya nak bagitahu sikit
  •  Untuk pekerja yang dalam tempoh percubaan bayaran boleh dikurangkan sebanyak 30% dari had gaji yang ditetapkan selama tempoh latihan yang ditetapkan setiap syarikat. That mean if tempoh percubaan korang 3 bulan maka 3 bulan lah, kalau 6 bulan maka 6 bulan lah, selalu maksima 6 bulan je. Jadi jang nak demand sangat la bila majikan bagitahu gaji untuk tempoh percubaan 700 okey ?
  • Had gaji untuk PEKERJA MAHIR. haaa! kalau korang buat kerja pun tak reti, pemalas jangan nak belagak demand sangat.
  • Jangan mention berapa GAJI yang korang nak dalam resume. Gerun bila majikan tengok! fresh grad, No experience but gaji tinggi demand mengalahkan bos? Ops! bye bye .
Hmmm.. apa lagi ye? banyak lagi tapi tak ingat dah, nanti kalau ingat saya update lagi ye..hihi

Sekian.

1 comment:

Unknown said...

AI.AI Site: TIPS : Tips Permohonan Kerja: Selamat Pagi pembaca sekalian ( saya menulis waktu pagi :P ) Hari ini saya nak kongsi sedikit info atau tips membuat permohonan kerja. ...