INFOLOG : Contoh Resume Simple


Kerja? kerja dekat mana? ke baru nak apply kerja ? haaa.. anda baru nak apply kerja ke? resume macam mana? lengkap tak? ada letak gambar posing maut tak? dinasihatkan jangan ye ..

Hari ni nak kongsi pasal resume pulak, ada yang guna format sendiri, ada yang copy dekat google ada jugak yang dapat dari tempat study. Tak kisah macam mana pun rupa resume tu tapi kenalah kemas, tersusun dan padat. Apa yang anda harus ingat, setiap syarikat berbeza cara mereka mengambil pekerja baru, ada yang cerewet ada yang tak kisah ada yang betul-betul ikut law.

Oleh yang demikian AiAi nak share contoh resume simple untuk kegunaan anda-anda sekalian. Resume tu dikira sebagai wakil pertama kita dalam pembentangan tentang diri kita. Terpulang pada anda macam mana cara anda nak jual diri anda, bukan jual diri yang tak elok tu ini jual bakat anda kebolehan anda.

Apa-apa pun good luck kalau dapat temuduga ye !

Contoh RESUME

COOKLOG : Asam Pedas Utara


Cuaca hujung-hujung tahun ni memang tak terjangka, sekejap hujan sekejap panas sekejap feeling - feeling autumns gitu. Kena time angin-angin autumns ni berpicnic tepi rumah bawah pokok sambil pekena makanan panas, fuhh! syiok kan???

Haaa! hari ni AiAi nak share resepi yang boleh korang masak and makan-makan sambil feeling dalam musim sejuk kan.. hihi . Resepinya mudah saja, semua orang mesti suka ! Asam Pedas Utaqha ! mai kita tengok apa bahan-bahannya pulak.

Bahan-bahan
  • Ikan ( tak kisah lah ikan apa yang hampa suka )
  • Bendi 
  • Asam keping
  • Cili kering / 2 pcs  *
  • Jintan Manis / secukup rasa *
  • Bawang besar / 2 biji *
  • Belacan / secukup rasa ( yang ni AiAi tak letak sebab nanti gatal hidung ) *
  • Garam secukup rasa
  • Air
  • Bunga kantan ( baru kick kalau letak yang ni, piau oqhang kata )
Cara-Cara
  • Bahan bertanda * hendaklah di blend bagi hancur lebur tapi kalau nak buat ala-ala piau kampung punya, hampa guna lesung batu .
  • Lepas dah blend masukkan dalam periuk, campur dengan air serta bendi dan tunggu hingga bendi lembut .
  • Bila bendi dah lembut, boleh la masukkan ikan, bunga kantan dengan asam keping pulak. Tunggu hingga masak jangan hampa lupa pulak nak buh garam ! hahaha.
  • Setelah siap, masukkan dalam mangkuk dan siap untuk dimakan.

Macam mana? sedap tak hampa masak?

TRAVELOG : Gunung Jerai, Kedah





Assalamualaikum semua. Alhamdullilah,kembali lagi dengan menulis tentang destinasi pilihan di Sungai Petani,Kedah. Hari ini,destinasi yang akan diperkenalkan adalah Gunung Jerai.

Gunung Jerai atau dikenali sebagai Puncak Kedah merupakan sebuah gunung yang sangat terkenal di Kedah. Gunung Jerai berada di antara sempadan daerah Kuala Muda dan Yan. Gunung Jerai setinggi 2,107 meter. dan 12 km jarak untuk mendaki.

Apabila sampai saja di puncak Gunung Jerai, alamak! Sejuk la pulak. Dinasihatkan,sila bawak atau pakai baju sejuk. Malah,bila kita berada di atas gunung,






Apabila kita mendaki Gunung Jerai , seeloknya menjaga adab sopan dan tutur kata. Rasanya,jika ingin mendaki Gunung Jerai, seeloknya lebih dari 2 orang. Kadang-kadang tempat macam ini,agak menakutkan sikit jika berseorangan.





Selalunya, pendaki akan membawa backpacking kerana lebih mudah. Backpacking tidak perlulah terlalu berat. Bawalah barang keperluan saja seperti baju sejuk , lampu suluh , peti kecil kecemasan , makanan (selalunya maggi) dan sebagainya.

Sebenarnya, banyak lagi tempak menarik di Gunung Jerai seperti Batu Kapal , Gua Naga , Kolam Bunian dan sebagainya.


Okey itu saje, nanti update lagi ~

TIPS : Tips Permohonan Kerja



Selamat Pagi pembaca sekalian ( saya menulis waktu pagi :P )
Hari ini saya nak kongsi sedikit info atau tips membuat permohonan kerja. Semua orang nak kerja, kalau tak kerja mana nak dapat wang ? lainlah korang ada harta bertingket-tingket tak habis dijoli ( ye ke tak habis? ) Di sini saya nak kongsi beberapa perkara sebelum korang apply sesuatu kerja, PENTING ni.

Saya seorang pekerja juga, bukanlah bos besar tapi cuma ditugaskan untuk menjaga pekerja bawahan tapi saya tak anggap pun mereka sebagai Kuli sebab tiada pekerja bawahan siapalah Bos kita kan? hehe .

1. Okey, memandangkan salah satu tugas saya untuk membuat iklan dan mencari pekerja baru, boleh dikatakan 90% permohonan tidak FOLLOW syarat-syarat yang syarikat nyatakan dalam IKLAN.
Kadang kala korang tak sedar bahawa itu adalah FIRST IMPRESSION yang syarikat tengok, Ye lah kalau syarat mudah itu pun korang tak boleh nak follow apa lagi bila dah bekerja nanti.

2. JANGAN MENIPU. Haaa, ini selalu orang buat ni.. Jangan sebab mata korang dah naik simbol-simbol duit korang tipu kebolehan korang dalam resume. No No No !

3. GAMBAR. Fuyoooo ! yang ini lah punca saya gelak sorang-sorang. Macam-macam style gambar ada, pose tepi la atas la kiri kanan depan belakang semua ada. hahaha . Mungkin pada korang tu dah kira smart cun tak kira dah la TAPI korang kena ingat, nak apply jadi penyanyi pon dorang mintak gambar berukuran passport okey ! so jangan nak perasan cantik ke perasan handsome ke, sila lah letak gambar formal sahaja.

4. RESUME bukan BIODATA untuk Bf/Gf . Ini pun ada jugak, maybe sesetengah company nak tahu tapi kebanyakkannya bukan nak ambik tahu pun korang suka memasak ke baca novel ke menonton wayang ke. Korang tak tahu dari HOBI tu bakal majikan korang boleh tahu korang ni macam mana, rajin ke pemalas !

5. EMAIL. Ini pun penting juga, dinasihatkan kepada korang semua kalau nak apply kerja jangan la guna email merapu. bebygurlz la boyhensem ke jejakakacak ke gadis ayu ke or apa-apa je lah yang merepek tu ! JANGAN ye, korang nak apply kerja bukan nak bersosial. Jadi create lah satu email rasmi, seelok-eloknya nama korang sendiri.

6. SYARAT-SYARAT sampingan. Korang baca betul-betul jawatan apa? tarikh tutup bila? cara apply di mana? apa yang dilarang dan macam-macam lagi. Dekat situ bakal majikan boleh tengok korang ni jenis concern ke jenis redah asal dapat tapi bila kerja menyusahkan company.

7. GAJI. Pasal gaji ni semua nak ikut LAW BURUH tapi bila suruh buat kerja nak kerja mudah ! sape nak bagi woi ? lagi satu sebelum korang cakap pasal LAW, saya nasihatkan korang BACA dulu tentang syarat gaji yang ditetapkan. Untuk pengetahuan kalian-kalian yang malas membaca mai sini saya nak bagitahu sikit
  •  Untuk pekerja yang dalam tempoh percubaan bayaran boleh dikurangkan sebanyak 30% dari had gaji yang ditetapkan selama tempoh latihan yang ditetapkan setiap syarikat. That mean if tempoh percubaan korang 3 bulan maka 3 bulan lah, kalau 6 bulan maka 6 bulan lah, selalu maksima 6 bulan je. Jadi jang nak demand sangat la bila majikan bagitahu gaji untuk tempoh percubaan 700 okey ?
  • Had gaji untuk PEKERJA MAHIR. haaa! kalau korang buat kerja pun tak reti, pemalas jangan nak belagak demand sangat.
  • Jangan mention berapa GAJI yang korang nak dalam resume. Gerun bila majikan tengok! fresh grad, No experience but gaji tinggi demand mengalahkan bos? Ops! bye bye .
Hmmm.. apa lagi ye? banyak lagi tapi tak ingat dah, nanti kalau ingat saya update lagi ye..hihi

Sekian.