COOKLOG : Resepi Modern Breakfast 2


 Selamat Petang semua ! hari ni nak share resepi breakfast part II pulak, resepi part I boleh tengok SINI
resepi ni lebih kurang je dengan resepi part I cuma ubah sikit, Nak tahu ubah apa? moh le kite tengok.

BAHAN-BAHAN
  • Acuan
  • Cheese ( Pizza Toping Cheese )
  • Sosej  ( 1 or 2 stick )
  • Sayur coslow ( asal cukup setiap lubang acuan )
  • Telur ( 2-3 biji gred B )
Contoh acuan
CARA-CARA
  1. Potong sosej bulat-bulat nipis
  2. Hancurkan telur bersama sedikit garam dan lada, pukul sebati.
  3. Sapukan acuan dengan planta supaya tidak melekat.
  4. Masukkan potongan sosej bersama sayur coslow separuh acuan je then baru tuangkan telur agak2 penuh jangan melimpah.
  5. Taburkan cheese banyak-banyak ! heeee
  6. Bakar pada suhu 150 - 170 darjah celcius selama 15-18 minit.
  7. Lepas siap boleh la nak letak sos or mayonis jugak.
Ini hasilnya yang kecik molek

COOKLOG : Resepi Simple Modern BreakFast 1


 Good Morning mahkluk sekalian alam ( walaupun entry pada waktu petang ! haha ) Hari ni AiAi nak share resepi simple sarapan pagi ala-ala barat gitu. Senang saja ni, adik-adik tadika pun boleh try buat tapi pastikan mak-mak kalian ada disebelah ye, tak pasal-pasal pulak rentong tangan budak tu dalam oven. Okey pendekkan cerita mari kita share bahan-bahan.

BAHAN-BAHAN
  • Acuan
  • Kepingan roti (ikut jumlah lubang acuan)
  • Sosej ( 1 or 2 stick ) boleh pilih ikut selera masing-masing nak letak isi ketam ke, chicken ham ke or etc
  • Cheese ( AiAi guna pizza toping cheese )
  • Sos ( tomato/cili )
  • Mayonis
  • Telur ( 2 biji gred C )
    Contoh Acuan Yang AiAi guna
    CARA-CARA
  1.  Mula-Mula buang bahagian tepi kepingan roti & tekan masuk dalam acuan macam dekat gambar dekat atas tu.
  2. Potong sosej saiz kecil , pecahkan telur dan pukul hancur jangan lupa secubit garam ye.
  3.  Sapukan acuan dengan planta supaya tidak melekat.
  4. Masukkan sosej yang telah dipotong diikuti dengan telur yang siap dipukul hancur. 1 acuan 1 camca teh telur.
  5. taburkan cheese ikut selera tekak anda, kalau nak tarik bertali macam pizza hut tu letak la banyak :)
  6. Panaskan oven dalam 150 - 170 darjah Celsius dan masukkan dalam oven around 17 minit tapi kena tengok-tengok jugak maklumla telur cepat masak.
  7. Lepas dah siap masak keluarkan dari acuan  letak la dalam pinggan.
  8. Bila dah letak dalam pinggan tu hias je dengan sos and mayonis.
  9. Siap ! sila makan perlahan-lahan.
Inilah hasil disaat kebosanan