INFOLOG : Contoh Resume Simple


Kerja? kerja dekat mana? ke baru nak apply kerja ? haaa.. anda baru nak apply kerja ke? resume macam mana? lengkap tak? ada letak gambar posing maut tak? dinasihatkan jangan ye ..

Hari ni nak kongsi pasal resume pulak, ada yang guna format sendiri, ada yang copy dekat google ada jugak yang dapat dari tempat study. Tak kisah macam mana pun rupa resume tu tapi kenalah kemas, tersusun dan padat. Apa yang anda harus ingat, setiap syarikat berbeza cara mereka mengambil pekerja baru, ada yang cerewet ada yang tak kisah ada yang betul-betul ikut law.

Oleh yang demikian AiAi nak share contoh resume simple untuk kegunaan anda-anda sekalian. Resume tu dikira sebagai wakil pertama kita dalam pembentangan tentang diri kita. Terpulang pada anda macam mana cara anda nak jual diri anda, bukan jual diri yang tak elok tu ini jual bakat anda kebolehan anda.

Apa-apa pun good luck kalau dapat temuduga ye !

Contoh RESUME

COOKLOG : Asam Pedas Utara


Cuaca hujung-hujung tahun ni memang tak terjangka, sekejap hujan sekejap panas sekejap feeling - feeling autumns gitu. Kena time angin-angin autumns ni berpicnic tepi rumah bawah pokok sambil pekena makanan panas, fuhh! syiok kan???

Haaa! hari ni AiAi nak share resepi yang boleh korang masak and makan-makan sambil feeling dalam musim sejuk kan.. hihi . Resepinya mudah saja, semua orang mesti suka ! Asam Pedas Utaqha ! mai kita tengok apa bahan-bahannya pulak.

Bahan-bahan
  • Ikan ( tak kisah lah ikan apa yang hampa suka )
  • Bendi 
  • Asam keping
  • Cili kering / 2 pcs  *
  • Jintan Manis / secukup rasa *
  • Bawang besar / 2 biji *
  • Belacan / secukup rasa ( yang ni AiAi tak letak sebab nanti gatal hidung ) *
  • Garam secukup rasa
  • Air
  • Bunga kantan ( baru kick kalau letak yang ni, piau oqhang kata )
Cara-Cara
  • Bahan bertanda * hendaklah di blend bagi hancur lebur tapi kalau nak buat ala-ala piau kampung punya, hampa guna lesung batu .
  • Lepas dah blend masukkan dalam periuk, campur dengan air serta bendi dan tunggu hingga bendi lembut .
  • Bila bendi dah lembut, boleh la masukkan ikan, bunga kantan dengan asam keping pulak. Tunggu hingga masak jangan hampa lupa pulak nak buh garam ! hahaha.
  • Setelah siap, masukkan dalam mangkuk dan siap untuk dimakan.

Macam mana? sedap tak hampa masak?

TRAVELOG : Gunung Jerai, Kedah





Assalamualaikum semua. Alhamdullilah,kembali lagi dengan menulis tentang destinasi pilihan di Sungai Petani,Kedah. Hari ini,destinasi yang akan diperkenalkan adalah Gunung Jerai.

Gunung Jerai atau dikenali sebagai Puncak Kedah merupakan sebuah gunung yang sangat terkenal di Kedah. Gunung Jerai berada di antara sempadan daerah Kuala Muda dan Yan. Gunung Jerai setinggi 2,107 meter. dan 12 km jarak untuk mendaki.

Apabila sampai saja di puncak Gunung Jerai, alamak! Sejuk la pulak. Dinasihatkan,sila bawak atau pakai baju sejuk. Malah,bila kita berada di atas gunung,






Apabila kita mendaki Gunung Jerai , seeloknya menjaga adab sopan dan tutur kata. Rasanya,jika ingin mendaki Gunung Jerai, seeloknya lebih dari 2 orang. Kadang-kadang tempat macam ini,agak menakutkan sikit jika berseorangan.





Selalunya, pendaki akan membawa backpacking kerana lebih mudah. Backpacking tidak perlulah terlalu berat. Bawalah barang keperluan saja seperti baju sejuk , lampu suluh , peti kecil kecemasan , makanan (selalunya maggi) dan sebagainya.

Sebenarnya, banyak lagi tempak menarik di Gunung Jerai seperti Batu Kapal , Gua Naga , Kolam Bunian dan sebagainya.


Okey itu saje, nanti update lagi ~

TIPS : Tips Permohonan Kerja



Selamat Pagi pembaca sekalian ( saya menulis waktu pagi :P )
Hari ini saya nak kongsi sedikit info atau tips membuat permohonan kerja. Semua orang nak kerja, kalau tak kerja mana nak dapat wang ? lainlah korang ada harta bertingket-tingket tak habis dijoli ( ye ke tak habis? ) Di sini saya nak kongsi beberapa perkara sebelum korang apply sesuatu kerja, PENTING ni.

Saya seorang pekerja juga, bukanlah bos besar tapi cuma ditugaskan untuk menjaga pekerja bawahan tapi saya tak anggap pun mereka sebagai Kuli sebab tiada pekerja bawahan siapalah Bos kita kan? hehe .

1. Okey, memandangkan salah satu tugas saya untuk membuat iklan dan mencari pekerja baru, boleh dikatakan 90% permohonan tidak FOLLOW syarat-syarat yang syarikat nyatakan dalam IKLAN.
Kadang kala korang tak sedar bahawa itu adalah FIRST IMPRESSION yang syarikat tengok, Ye lah kalau syarat mudah itu pun korang tak boleh nak follow apa lagi bila dah bekerja nanti.

2. JANGAN MENIPU. Haaa, ini selalu orang buat ni.. Jangan sebab mata korang dah naik simbol-simbol duit korang tipu kebolehan korang dalam resume. No No No !

3. GAMBAR. Fuyoooo ! yang ini lah punca saya gelak sorang-sorang. Macam-macam style gambar ada, pose tepi la atas la kiri kanan depan belakang semua ada. hahaha . Mungkin pada korang tu dah kira smart cun tak kira dah la TAPI korang kena ingat, nak apply jadi penyanyi pon dorang mintak gambar berukuran passport okey ! so jangan nak perasan cantik ke perasan handsome ke, sila lah letak gambar formal sahaja.

4. RESUME bukan BIODATA untuk Bf/Gf . Ini pun ada jugak, maybe sesetengah company nak tahu tapi kebanyakkannya bukan nak ambik tahu pun korang suka memasak ke baca novel ke menonton wayang ke. Korang tak tahu dari HOBI tu bakal majikan korang boleh tahu korang ni macam mana, rajin ke pemalas !

5. EMAIL. Ini pun penting juga, dinasihatkan kepada korang semua kalau nak apply kerja jangan la guna email merapu. bebygurlz la boyhensem ke jejakakacak ke gadis ayu ke or apa-apa je lah yang merepek tu ! JANGAN ye, korang nak apply kerja bukan nak bersosial. Jadi create lah satu email rasmi, seelok-eloknya nama korang sendiri.

6. SYARAT-SYARAT sampingan. Korang baca betul-betul jawatan apa? tarikh tutup bila? cara apply di mana? apa yang dilarang dan macam-macam lagi. Dekat situ bakal majikan boleh tengok korang ni jenis concern ke jenis redah asal dapat tapi bila kerja menyusahkan company.

7. GAJI. Pasal gaji ni semua nak ikut LAW BURUH tapi bila suruh buat kerja nak kerja mudah ! sape nak bagi woi ? lagi satu sebelum korang cakap pasal LAW, saya nasihatkan korang BACA dulu tentang syarat gaji yang ditetapkan. Untuk pengetahuan kalian-kalian yang malas membaca mai sini saya nak bagitahu sikit
  •  Untuk pekerja yang dalam tempoh percubaan bayaran boleh dikurangkan sebanyak 30% dari had gaji yang ditetapkan selama tempoh latihan yang ditetapkan setiap syarikat. That mean if tempoh percubaan korang 3 bulan maka 3 bulan lah, kalau 6 bulan maka 6 bulan lah, selalu maksima 6 bulan je. Jadi jang nak demand sangat la bila majikan bagitahu gaji untuk tempoh percubaan 700 okey ?
  • Had gaji untuk PEKERJA MAHIR. haaa! kalau korang buat kerja pun tak reti, pemalas jangan nak belagak demand sangat.
  • Jangan mention berapa GAJI yang korang nak dalam resume. Gerun bila majikan tengok! fresh grad, No experience but gaji tinggi demand mengalahkan bos? Ops! bye bye .
Hmmm.. apa lagi ye? banyak lagi tapi tak ingat dah, nanti kalau ingat saya update lagi ye..hihi

Sekian.

COOKLOG : RESEPI TORTILA

 Hari ni nak share resepi untuk breakfast , simple dan mengenyangkan.. sesuai untuk yang nak diet tu..



Bahan-bahan :
1 - Kepingan tortila
2- Cheese
3- Thousand Island
4- Chicken Ham
5- Tomato
6- Ayam goreng segera
7- Sos cili
8- Salad




Cara-Cara Nak masak :-

1- panaskan kepingan tortila agak-agak cukup masak dalam 5-10 saat
2- Angkat dan letak atas papan pemotong ( untuk memudahkan kerja )
3- Masukkan satu per satu bahan-bahan
  •  salad
  • Chicken Ham ( siap digoreng )
  • cheese ( sekeping atau dipotong)
  • kepingan ayam yang siap dipotong dan digoreng
  • tomato (dihiris nipis)
  • thousand island
  • sos cili
4-Setelah siap masukan bahan-bahan, boleh la digulung ikut kreativiti masing-masing

p/s : bahan-bahan pun ikut citarasa anda je..

CRAFTLOG : Owlie Pillow

Burung hantu atau pun orang putih panggil Owl selalunya orang anggap sebagai satu simbul seram-seram macam tu, Ye lah dalam cerita hantu kurafat kan banyak music effect burung hantu. =_= Tapi sebenarnya burung hantu comel apa, cuba pergi tengok dekat zoo. Macam-macam jenis burung hantu ada antaranya yang masih ingat Burung hantu carik kafan, Burung hantu tumbuk ketampi dan yang lain-lain tak ingat .

Okey berbalik pada topik asal sebenarnya nak publish order terbaru je pun. Owlie pillow dari cikgu KaFa nak bagi untuk anaknya :)

Gambar nak pergi buat Ic

Selfie : cantik tak back view kiteorang :P

Selfie : pandangan atas kitew :P


Auww cak ! :P

Nak pergi buat Ic

Sebarang tempahan boleh whatapp saja di 013 - 4435213

COOKLOG : Puding Sumi/Jelly #RAMADHAN 1

Hujan rahmat pada 1 Ramadhan 1435H, hampir sebulan berpanas jerebu akhirnya hujan jugak hari ni. Sempena ramadhan yang menjelma ni macam biasa la, selain ibadah bab-bab menu berbuka pun mesti tak di lupakan :)

Dipendekkan cerita untuk 1st Ramadhan, saya buat menu simple sebagai pemanis mulut iaitu Puding Sumi atau pun Jelly orang panggil.

Nak buat puding ni pun kacang goreng je senangnya, adik-adik sekolah pun mesti terer buat ni. Okey jom kita tengok resepi dulu.

1. Serbuk agar-agar
2. Tepung Kastad
3. Sumi/Jelly
4.Susu Cair
5.Gula
6.Air

Cara-cara nak masak ;-

Step 1
Masukkan serbuk agar-agar 10gm berserta air 5 cawan dalam periuk atas dapur, Ops! jangan lupa dengan gula pulak ye, masukkan Gula 3 senduk bulat tu ( ikut citarasa sendiri nak manis tahap mana ), kacau-kacau dan kacau

Step 2
Sebatikan tepung kastad 3 sudu besar bersama 1 tin susu cair dalam satu bekas asing

Step 3
Masukkan adunan kastad bersama susu cair tadi dalam periuk agar-agar.  Kacau hingga sebati sampai la mendidih dan pekat

Step 4
Susun sumi dalam bekas yang nak dimasukkan agar-agar kejap lagi. Tak kisah la nak letak dalam bekas berbentuk ke, tapawe ke, ikut je kreativiti masing-masing.

Step 5
Masukkan adunan agar-agar yang dah mendidih dan pekat ke dalam bekas .

Step 6
Masukkan ke dalam Peti sejuk dan tunggu beberapa jam.


Inilah rupanya setelah siap. Asingkan dalam bekas sebab nak bagi merasa sorang sikit.. hihi
Ini rupa bila dipotong cantik-cantik dan letak dalam pinggan. Gambar sendiri tak sempat snap, kesuntukkan masa :P


Okey. Selamat berbuka Puasa ^_^


Pillow : Tempahan Bithday ( Belated Birthday )


Model tak berbayar





Tempahan dari kawan lama untuk incik boyfrendnya :)
Untuk tempahan boleh la contact saya ^_^

Sastria Hotel, Sungai Petani

Sastria Hotel merupakan hotel bertaraf bajet dan dimiliki oleh bumiputera. Lokasi hotel ini terletak di kawasan luar bandar yang bertempat di Jalan Pahlawan, Taman Lagenda Indah, Sungai Petani. Terdapat 37 buah bilik tersedia, ini termasuklah bilik Deluxe Family, Deluxe Premier Single, Deluxe Premier, Superior ( connecting Door ), Standard View, Standar dan Single. Kesemua bilik ditawarkan dengan harga yang berpatutan.

DELUXE FAMILY
MYR127.20 (INC 6% gov tax)
2 KATIL KELAMIN
U-NIFI
KETTLE
BILIK MANDI YANG DILENGKAPI TUB MANDI
LCD TV
ASTRO
ALMARI & MEJA/KERUSI
IRON & IRON BOARD
PETI AIS MINI





DELUXE PREMIER SINGLE
MYR116.60 (INC 6% gov tax)
3 KATIL BUJANG
BILIK MANDI
AIRCOND
U-NIFI
LCD TV
ASTRO
MEJA


DELUXE PREMIER
MYR116.60 (INC 6% gov tax)
1 KATIL KELAMIN & 1 KATIL BUJANG
VIEW
BILIK MANDI
AIRCOND
U-NIFI
LCD TV
ASTRO
MEJA
DELUXE PREMIER SMALL
MYR106.00 (INC 6% gov tax)
1 KATIL KELAMIN & 1 KATIL BUJANG
BILIK MANDI
AIRCOND
U-NIFI
LCD TV
ASTRO
MEJA



SUPERIOR
MYR95.40 (INC 6% gov tax)
2 KATIL BUJANG @ 1 KATIL KELAMIN
BILIK MANDI
AIRCOND
U-NIFI
LCD TV
ASTRO
MEJA&KERUSI



STANDARD VIEW
MYR79.50 (INC 6% gov tax)
1 KATIL KELAMIN
BILIK MANDI
AIRCOND
U-NIFI
LCD TV
MEJA/KERUSI
STANDARD
MYR74.20 (INC 6% gov tax)
1 KATIL KELAMIN
BILIK MANDI
AIRCOND
U-NIFI
LCD TV
MEJA/KERUSI
SINGLE
MYR58.30 (INC 6% gov tax)
1 KATIL BUJANG
BILIK MANDI
AIRCOND
U-NIFI
LCD TV
ASTRO
MEJA

Selain dari menawarkan bilik-bilik penginapan, Sastria Hotel jugak menawarkan perkhidmatan sewaan bilik seminar dengan harga MYR300.00 untuk satu hari. Bilik seminar ini dilengkapi dengan kerusi&meja,white board,microphone , white screen, penyaman udara, ruangan makan , surau, toilet dan lain-lain.






Selain itu, Sastria hotel juga menawarkan beberapa pakej untuk group.
Untuk keterangan lanjut boleh direct contact di :-
04 - 424 6744 ( tel )
04 - 424 6737 ( Faks )
sastriahotel@gmail.com

D.I.Y : Tutorial Beg untuk DSLR




Pagi-pagi buta ni nak share D.I.Y untuk buat beg bagi siapa-siapa yang ada DSLR, bagi yang Penyabar dan mampu tahan diri untuk mengKriatifkan diri boleh la try ye.. :)

Bahan-Bahan yang diperlukan ( macam nak memasak pulak) ^_^
Tutorial in english ya, sebab bukan tokey blog ni yang buat. hahaha.
Bagi yang teruja teringin boleh rujuk DISINI ye ;)

Okey, itu saja ;P

Bantal 30cm x 30cm






Berminat boleh Komen or whatapps di 0134435213