INFOLOG : Contoh Resume Simple
Kerja? kerja dekat mana? ke baru nak apply kerja ? haaa.. anda baru nak apply kerja ke? resume macam mana? lengkap tak? ada letak gambar posing maut tak? dinasihatkan jangan ye ..
Hari ni nak kongsi pasal resume pulak, ada yang guna format sendiri, ada yang copy dekat google ada jugak yang dapat dari tempat study. Tak kisah macam mana pun rupa resume tu tapi kenalah kemas, tersusun dan padat. Apa yang anda harus ingat, setiap syarikat berbeza cara mereka mengambil pekerja baru, ada yang cerewet ada yang tak kisah ada yang betul-betul ikut law.
Oleh yang demikian AiAi nak share contoh resume simple untuk kegunaan anda-anda sekalian. Resume tu dikira sebagai wakil pertama kita dalam pembentangan tentang diri kita. Terpulang pada anda macam mana cara anda nak jual diri anda, bukan jual diri yang tak elok tu ini jual bakat anda kebolehan anda.
Apa-apa pun good luck kalau dapat temuduga ye !
Contoh RESUME
COOKLOG : Asam Pedas Utara
Cuaca hujung-hujung tahun ni memang tak terjangka, sekejap hujan sekejap panas sekejap feeling - feeling autumns gitu. Kena time angin-angin autumns ni berpicnic tepi rumah bawah pokok sambil pekena makanan panas, fuhh! syiok kan???
Haaa! hari ni AiAi nak share resepi yang boleh korang masak and makan-makan sambil feeling dalam musim sejuk kan.. hihi . Resepinya mudah saja, semua orang mesti suka ! Asam Pedas Utaqha ! mai kita tengok apa bahan-bahannya pulak.
Bahan-bahan
- Ikan ( tak kisah lah ikan apa yang hampa suka )
- Bendi
- Asam keping
- Cili kering / 2 pcs *
- Jintan Manis / secukup rasa *
- Bawang besar / 2 biji *
- Belacan / secukup rasa ( yang ni AiAi tak letak sebab nanti gatal hidung ) *
- Garam secukup rasa
- Air
- Bunga kantan ( baru kick kalau letak yang ni, piau oqhang kata )
- Bahan bertanda * hendaklah di blend bagi hancur lebur tapi kalau nak buat ala-ala piau kampung punya, hampa guna lesung batu .
- Lepas dah blend masukkan dalam periuk, campur dengan air serta bendi dan tunggu hingga bendi lembut .
- Bila bendi dah lembut, boleh la masukkan ikan, bunga kantan dengan asam keping pulak. Tunggu hingga masak jangan hampa lupa pulak nak buh garam ! hahaha.
- Setelah siap, masukkan dalam mangkuk dan siap untuk dimakan.
Macam mana? sedap tak hampa masak?
Subscribe to:
Posts (Atom)

