Showing posts with label ramadhan 1435H. Show all posts
Showing posts with label ramadhan 1435H. Show all posts

CRAFTLOG : Owlie Pillow

Burung hantu atau pun orang putih panggil Owl selalunya orang anggap sebagai satu simbul seram-seram macam tu, Ye lah dalam cerita hantu kurafat kan banyak music effect burung hantu. =_= Tapi sebenarnya burung hantu comel apa, cuba pergi tengok dekat zoo. Macam-macam jenis burung hantu ada antaranya yang masih ingat Burung hantu carik kafan, Burung hantu tumbuk ketampi dan yang lain-lain tak ingat .

Okey berbalik pada topik asal sebenarnya nak publish order terbaru je pun. Owlie pillow dari cikgu KaFa nak bagi untuk anaknya :)

Gambar nak pergi buat Ic

Selfie : cantik tak back view kiteorang :P

Selfie : pandangan atas kitew :P


Auww cak ! :P

Nak pergi buat Ic

Sebarang tempahan boleh whatapp saja di 013 - 4435213

COOKLOG : Puding Sumi/Jelly #RAMADHAN 1

Hujan rahmat pada 1 Ramadhan 1435H, hampir sebulan berpanas jerebu akhirnya hujan jugak hari ni. Sempena ramadhan yang menjelma ni macam biasa la, selain ibadah bab-bab menu berbuka pun mesti tak di lupakan :)

Dipendekkan cerita untuk 1st Ramadhan, saya buat menu simple sebagai pemanis mulut iaitu Puding Sumi atau pun Jelly orang panggil.

Nak buat puding ni pun kacang goreng je senangnya, adik-adik sekolah pun mesti terer buat ni. Okey jom kita tengok resepi dulu.

1. Serbuk agar-agar
2. Tepung Kastad
3. Sumi/Jelly
4.Susu Cair
5.Gula
6.Air

Cara-cara nak masak ;-

Step 1
Masukkan serbuk agar-agar 10gm berserta air 5 cawan dalam periuk atas dapur, Ops! jangan lupa dengan gula pulak ye, masukkan Gula 3 senduk bulat tu ( ikut citarasa sendiri nak manis tahap mana ), kacau-kacau dan kacau

Step 2
Sebatikan tepung kastad 3 sudu besar bersama 1 tin susu cair dalam satu bekas asing

Step 3
Masukkan adunan kastad bersama susu cair tadi dalam periuk agar-agar.  Kacau hingga sebati sampai la mendidih dan pekat

Step 4
Susun sumi dalam bekas yang nak dimasukkan agar-agar kejap lagi. Tak kisah la nak letak dalam bekas berbentuk ke, tapawe ke, ikut je kreativiti masing-masing.

Step 5
Masukkan adunan agar-agar yang dah mendidih dan pekat ke dalam bekas .

Step 6
Masukkan ke dalam Peti sejuk dan tunggu beberapa jam.


Inilah rupanya setelah siap. Asingkan dalam bekas sebab nak bagi merasa sorang sikit.. hihi
Ini rupa bila dipotong cantik-cantik dan letak dalam pinggan. Gambar sendiri tak sempat snap, kesuntukkan masa :P


Okey. Selamat berbuka Puasa ^_^